JOM KLIK

Friday, July 12, 2013

PENGGANDAAN KATA MAJMUK...!


PENGULANGAN/PENGGANDAAN KATA MAJMUK
SALAH
BETUL
Mata pelajaran-mata pelajaran
Mata-mata pelajaran
Guru besar-guru besar
Guru-guru besar
Kertas kerja-kertas kerja
Kertas-kertas kerja
Rumah besar-rumah besar
Rumah-rumah besar
Perdana menteri-perdana menteri
Perdana-perdana menteri
Ilmu agama-ilmu agama
Ilmu-ilmu agama
Alat tulis-alat tulis
Alat-alat tulis

Sunday, October 21, 2012

ANALISIS NOVEL PERCUBAAN SPM NEGERI 2012...?

ANALISIS SOALAN NOVEL BERDASARKAN PERCUBAAN SPM 2012

NEGERI
4(a) – 7 markah
4(b) – 8 markah
KELANTAN
Dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan ketabahan watak dalam menghadapi dugaan
Huraikan latar masyarakat dalam dua buah novel
TERENGGANU
Huraikan dua nilai tanggungjawab dalam novel
Satu latar masyarakat dalam dua buah novel
 
 
PAHANG
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan nilai keberanian yang terdapat dalam novel tersebut.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu persamaan teknik plot yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut
 
JOHOR
Huraikan dua latar tempat bagi sebuah novel yang telah anda pelajari.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan daripada novel tersebut.
SELANGOR
Huraikan dua latar tempat beserta peristiwa
Dua teknik plot dalam sebuah novel
 
NEGERI SEMBILAN
Kesesuaian pemilihan judulsesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut. Buktikan
Berdasarkan sebuah novel, huraikan tiga latar masyarakat
 
MELAKA
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan temayang terdapat dalam novel tersebut.
Jelaskan satu nilai ketabahanyang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
PERAK
Cabaran yang dihadapi oleh watak utama
Berdasarkan dua buah novel, satupengajaran
KEDAH
Peleraian cerita (plot)
pengajaran
PERLIS
Huraikan tema sebuah novel
Berdasarkan dua buah novel, satulatar tempat
 
SARAWAK
Kuching
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan beberapaperistiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menangani satu konflikyang dihadapi dalam setiap novel
YIK
Dua konflik yang dihadapi olehwatak utama dan cara watak menyelesaikannya
Berdasarkan dua buah novel huraikan peristiwa yang memaparkan kasih sayang
PULAU PINANG
Dua contoh situasi yang menunjukkan hubungan kekeluargaan yang erat
Berdasarkan dua buah novel huraikan peristiwa mnunjukkan nilai kerjasama dalam novel:
 
MRSM
Jelaskan tema beserta huraian peristiwa
Berdasarkan dua buah novel. Huraikan satu perwatakan watak sampingan
 
 
LABUAN
Latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Nyatakan tiga latar tempat dan kaitkan dengan peristiwa penting yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satuperistiwa yang memaparkan nilai bertanggungjawab dalam setiap novel

Skor BH
Dua peristiwa yang menggambarkannilai kasih sayang
Berdasarkan sebuah novel, huraikanlatar masyarakat
Times
Dua latar masyarakat yang mendatangkan keinsafan
Teknik penceritaan dalam dua buah novel
SBP
Pilih dua peristiwa menarik dan nyatakan sebab peristiwa itu menarik perhatian anda
Berdasarkan dua buah novel, huraikan satu latar masyarakat


(SUMBER : BLOG CIKGU ZAKI - BMSPM.NET)

Tuesday, October 16, 2012

JAWAPAN SAINS (1) PMR 2012...?



JAWAPAN SAINS KERTAS 1 PMR 2012:-
  1. C
  2. A
  3. D
  4. C
  5. B
  6. C
  7. C
  8. C
  9. C
  10. A
  11. B
  12. A
  13. A
  14. C
  15. C
  16. D
  17. B
  18. D
  19. D
  20. A
  21. A
  22. A
  23. A
  24. B
  25. B
  26. D
  27. B
  28. A
  29. C
  30. A
  31. D
  32. D
  33. C
  34. D
  35. B
  36. A
  37. B
  38. D
  39. B
  40. C
Perkongsian Cikgu Wan Sakinah

PANAS JAWAPAN MAT (1) PMR 2012...?


JAWAPAN MATEMATIK KERTAS 1 PMR 2012:-
  1. C
  2. C
  3. B
  4. A
  5. D
  6. A
  7. C
  8. B
  9. A
  10. A
  11. C
  12. A
  13. C
  14. B
  15. A
  16. B
  17. D
  18. B
  19. C
  20. B
  21. A
  22. B
  23. D
  24. C
  25. A
  26. D
  27. B
  28. C
  29. B
  30. A
  31. B
  32. D
  33. A
  34. D
  35. A
  36. B
  37. D
  38. A
  39. B
  40. D
Perkongsian oleh Cikgu Zaidi

Saturday, October 13, 2012

PANAS... JAWAPAN BI (1) PMR 2012...?



JAWABAN SOALAN ANEKA PILIHAN BI 1:-
  1. D
  2. A
  3. D
  4. C
  5. A
  6. C
  7. B
  8. C
  9. A
  10. B
  11. C
  12. B
  13. C
  14. A
  15. D
  16. B
  17. D
  18. A
  19. A
  20. B
  21. B
  22. A
  23. C
  24. B
  25. D
  26. A
  27. B
  28. D
  29. A
  30. B
  31. D
  32. C
  33. A
  34. D
  35. D
  36. C
  37. A
  38. B
  39. C
  40. D
Perkongsian oleh: Teacher  Nik Fauziah.

Saturday, September 29, 2012

KOLABORASI SABK...?

PROGRAM SBT SEKOLAH ANGKAT 27 - 29 SEPTEMBER 2012
Petang kelmarin, penulis terlibat sebagai penceramah Bahasa Melayu PMR dalam Program Sekolah Angkat Sekolah Berprestasi Tinggi dengan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) untuk meningkatkan pencapaian PMR 2012 dengan Sekolah Menengah Agama (U)  Darul Ulum Al-Muhammadiah, Kolam, Bachok, Kelantan.

Program Bengkel Bahasa Melayu  bermula jam 3.00 petang itu melibatkan seramai 53 orang pelajar sekolah agama tersebut serta pelajar kelas 3 Delta (Faris Petra) seramai 30 orang. Program kolaborasi itu walaupun agak sukar dilaksanakan kerana melibatkan tahap prestasi pelajar yang jauh berbeza-beza, namun sekurang-kurangnya dapat mendedahkan teknik menjawab terbaik bagi soalan-soalan tertentu subjek Bahasa Melayu.

Thursday, September 27, 2012

PERANAN PSS...?

KARANGAN BAHAGIAN A

Tugasan – Usaha Meningkatkan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS)


Pusat sumber sekolah memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan seseorang murid. Pusat sumber sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada murid untuk mengakses pelbagai bahan bacaan bagi menyokong proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Dengan kata lain, pusat sumber sekolah menjadi tempat untuk mengumpul, menyusun dan menyebarkan bahan pembelajaran dan pengajaran sama ada secara bercetak atau bukan bercetak bagi memenuhi keperluan murid dan guru. Oleh itu, pelbagai usaha boleh diambil untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah dalam kalangan murid dan guru.

Suasana yang kondusif perlu diwujudkan bagi meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Susunan rak buku yang memudahkan pergerakan murid untuk mencari bahan bacaan yang dikehendaki, kedudukan meja komputer yang teratur, ruang membaca yang selesa dan suasana yang tenang serta ceria mampu menarik murid-murid mengunjungi pusat sumber sekolah. Hal ini demikian kerana suasana yang kondusif dapat menenangkan fikiran, sekali gus mendorong murid-murid untuk membuat rujukan dengan lebih fokus. Mereka akan berasa selesa kerana dapat membuat rujukan secara kendiri serta mampu merancang keperluan mengikut kehendak masing-masing. Sebagai contoh, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengingatkan pengurusan sekolah supaya memperkasakan pusat sumber sekolah kerana langkah tersebut dapat membantu dan membaiki kualiti pendidikan untuk memberikan asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat yang berpengetahuan luas. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa suasana yang kondusif mampu meningkatkan penggunaan pusat sumber dalam kalangan murid dan guru.

Selain itu, memperbanyak bahan bacaan dan rujukan juga mampu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan seperti buku, majalah, akhbar dan komputer dengan kemudahan internet dapat memudahkan murid-murid membuat rujukan. Pusat sumber yang lengkap dan menepati kehendak pelanggannya dapat membolehkan proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan. Sebagai contoh, jika guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan meminta murid-murid melakukan kajian tentang tokoh-tokoh negara seperti sumbangan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhammad, mereka dapat mengakses maklumat yang diperlukan dengan cepat melalui kemudahan komputer dan internet yang disediakan di pusat sumber sekolah. Murid-murid dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu ke kedai buku untuk mencari maklumat yang diperlukan oleh guru. Langkah ini ibarat sambil menyelam minum air kerana murid-murid juga dapat menjimatkan wang kerana bahan rujukan yang diperlukan terdapat di pusat sumber sekolah. Jadi, jelas menunjukkan bahawa pusat sumber sekolah yang lengkap dengan bahan bacaan dapat menarik minat murid dan guru untuk mengunjunginya.

Seterusnya, mengadakan pertandingan banyak membaca juga mampu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Pertandingan membaca seperti bahan-bahan bacaan berunsur fiksyen bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bahan bacaan bukan fiksyen bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berupaya mendorong murid-murid mengunjungi pusat sumber sekolah. Hal ini kerana mereka akan mengunjungi pusat sumber untuk meminjam bahan bacaan bagi menyahut program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Mereka akan membaca seberapa banyak bahan bacaan untuk dipenuhkan dalam Buku Rekod Membaca yang disediakan oleh pihak penganjur. Sebagai contoh, program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) mampu mendorong murid-murid membaca seberapa banyak bahan bacaan kerana pada akhir tahun pelbagai anugerah akan diberikan kepada murid-murid yang menunjukkan rekod bacaan yang paling banyak. Anugerah seperti emas, perak dan gangsa beserta sijil dan wang tunai mampu menggalakkan murid-murid mengunjungi pusat sumber sekolah untuk meminjam bahan bacaan. Oleh itu, pertandingan banyak membaca dapat meningkatkan penggunaan pusat sumber dalam kalangan murid.

Kesimpulannya, pusat sumber sekolah yang merupakan gedung ilmu perlu diperkasakan kerana ilmu dalam pelbagai bidang yang terdapat di situ mampu melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan. Modal insan inilah yang akan memacu negara untuk merealisasikan aspirasi kerajaan menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Kita mahu negara Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain pada tahun tersebut. Oleh itu, usaha untuk menjana modal insan berminda kelas pertama perlu digembleng oleh semua pihak agar aspirasi ini dapat direalisasikan.
 
 
 
 
 
Perkongsian oleh: Cikgu Azaman bin Zakaria (GC Bahasa Melayu)